Aku geli hati melihat Soi Lek cakap soal moral. Mungkin Soi Lek lupa agaknya, siapa dengan Ah Moi dalam VCD yang meletup beberapa tahun dulu . Mungkin anda tak lupa siapa Soi Lek sebenarnya
Datuk Seri Chua Soi Lek tidak layak bercakap soal moral dan integriti apatah lagi menyeru Ketua Umum PKR membuktikan bahawa imej yang
dirakam dalam fitnah video lucah baru-baru ini bukanlah dirinya, tegas Naib Presiden Keadilan, Tian Chua dalam kenyataan medianya hari ini.
Menurut Tian, seorang ahli politik seperti Soi Lek yang mempunyai rekod tercemar tidak layak untuk mengkritik dan memberikan komentar bersabit isu moral individu lain.
" Saya pasti rakyat Malaysia turut sama berkongsi rasa mual apabila seorang ahli politik yang mempunyai rekod kurang moral yang diketahui umum cuba membuat komen mengenai moral dan integriti.
