PDRM harus tidak menyebelahi mana-mana parti politik, bersikap profesional dan adil terhadap rakyat.Ingatlah, rakyat sedang melihat dan menilai integriti dan kecekapan polis dalam menangani isu ini,
Wanita KEADILAN menegaskan trio ‘Datuk T’, yang mendalangi tayangan seks palsu di Hotel Carcosa Seri Negara 21 Mac lalu, adalah suspek utama yang perlu disiasat dan bukan saksi, kata Timbalan Ketua Wanita Pusat KEADILAN, Rodziah Ismail.(gambar)
Menurutnya, beliau mengulangi gesaan Pakatan Rakyat sebelum ini bahawa penayangan video seumpama itu adalah jelas bertentangan peruntukan undang-undang sedia ada kerana kesalahan memiliki, menyebar dan menayangkan filem lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam.
