
Berikut aku cuba paparkan, pengakuan seorang blogger dari UMNOREFORM yang telah membuat pengakuan bahawa orang dalam video itu BUKAN ANWAR IBRAHIM. Semoga dengan artikel ini dapat kita buat pedoman dan fikir-fikir lah sendiri untuk manfaat bersama .. Sila baca ..
Pengakuan Anuar Moh Nor
Ada kalanya keghairahan menyebabkan kita hilang pertimbangan. Kemarahan melampau merugikan. Tindakan terburu-buru juga akan membodohkan dan yang paling dahsyat ialah rangkuman kesemua ini, keghairahan, kemarahan dan tindakan terburu-buru menyebabkan kita melakukan kesilapan yang akhirnya menjadi satu penyesalan.
Hari ini ramai yang membicarakan sama ada video itu benar – melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pendedahan demi pendedahan dilakukan. Persoalan Datuk T sama ada Trio atau hanya individu kembali wujud dengan pendedahan Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul. Mereka semua dipanggil pada hari pertama menonton secara eksklusif dan berbual dengan Datuk T dan Tan Sri Rahim Thamby Chik.
