Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

Memaparkan catatan dengan label 10 Dalil Kes Fitnah II Cuma Rekaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 10 Dalil Kes Fitnah II Cuma Rekaan. Papar semua catatan

17 Mac 2011

10 Dalil Kes Fitnah II Cuma Rekaan

Zakri Ali Rangkut
“Malaysia ni dah jadi macam negara kartun. Apabila saya keluar negara, malu nak mengaku warga Malaysia. Antara soalan lazim yang saya dengar ialah mengapa kerajaan suka fitnah guna isu liwat?


Modal BN ialah tuduh liwat, tuduh ejen Zionis, ejen Amerika, ejen DAP, ejen Taliban dan macam-macam ejen lagilah. Apa pun, selaku peguam, saya rasa jijik dengan kes ini. Mari lihat 10 Misteri kes ini:

Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum didakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes
Anwar.
1. Bukti asas tak dibenarkan
Menurut logik akal sesiapa yang berakal, orang yang dituduh mestilah diberi peluang untuk membela diri. Untuk membela diri, tertuduh lazimnya akan dibenarkan melihat dokumen-dokumen yang relevan, agar dapat menyiapkan pembelaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...