![]() |
| Mahti dedah Eskay mahu jatuhkan Anwar dengan 'apa cara sekalipun |
Saya tidak mahu ada ahli politik lain yang ‘terkena’ dengannya. Saya tak mahu bersekongkol. Jadi, sebab itu saya memanggil media untuk buat pendedahan ini.
Seorang kenalan rapat Datuk Shazril Eskay Abdullah yang dipelawa sebagai sebahagian konspirator penayangan video seks di Hotel Carcosa Isnin lalu mendedahkan, ahli perniagaan itu mahu menjatuhkan
Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ‘apa cara sekalipun’.
Hal itu didedahkan Mohamad Mahti Abd Rahim, bekas anggota polis yang juga bekas pengawal peribadi kepada Tan Sri Megat Junid selama lebih 20 tahun, yang turut mengenali Eskay.
Beliau mengakui turut mengetahui mengenai penayangan video seks itu dan turut diajak bersama menyertai kumpulan berkenaan tetapi beliau menolaknya.

