Rosmah kerap mengaku sebagai Wanita Pertama Malaysia atau First Lady Of Malaysia, Kini gara-gara Rosmah wujud pula, First Lady Of Sarawak
Kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud yang ‘menganugerah’ isteri barunya, Ragad Waleed Alkurdi sebagai Wanita Pertama Sarawak, menunjukkan ‘gejala Rosmah’ kian berkeluasa.
“Saya yakin, selepas ini akan lebih ramai isteri Menteri Besar dan Ketua Menteri yang menuntut pangkat baharu ciptaan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor,” kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.
Sebelum ini, Rosmah kerap mengaku sebagai Wanita Pertama Malaysia atau First Lady dengan membuka pejabat First Lady of Malaysia (FLOM) di Jabatan Perdana Menteri.
Rosmah juga menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama dengan belanja jutaan ringgit, selain iklannya terpapar di akhbar luar negara dengan menonjolkan isteri Datuk Seri Najib Razak itu sebagai Wanita Pertama Malaysia.
