Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
06 Mac 2012
Tiada maaf bagimu, kata Khalid kepada Najib
Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf di atas kesilapan Umno BN yang lalu disifatkan sebagai "drama".
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, Najib dilihat memohon maaf kepada rakyat untuk meraih simpati dan mendapatkan semula undi pada pilihan raya umum ke 13.
"Tiada maaf bagimu...(ketawa) tidak...ini bukan drama sehari...jadi bagus jugalah keinsafan itu. Dalam Islam keinsafan itu penting. Tapi dalam Islam juga kalau kita nak bertaubat bukan hanya bercakap sahaja.
"Pada saya tak jadi masalah langsung (minta maaf) tapi ini bukan dilihat dalam masa nak berpolitik sahaja. Ini cara hidup dan sifat kelakuan kita. Saya tengok walaupun (Najib) minta maaf tapi maaf berlapik. Itu yang tak boleh," kata beliau dalam wawancara khas bersama Harakahdaily di pejabatnya di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dekat sini hari ini.
Khalid berkata demikian ketika diminta memberi pandangan berhubung kenyataan Najib yang memohon maaf kepada rakyat Selangor dan Kedah baru-baru ini.
Baru-baru ini, Najib menarik perhatian rakyat Selangor apabila menyatakan keinsafan dan mengakui Umno BN ada melakukan kesilapan pada masa lalu sehingga rakyat tidak mengundi parti itu.
Tidak berhenti di situ, Sabtu lalu, Najib membuat perkara sama kepada rakyat Kedah dan meminta rakyat di negeri Pakatan Rakyat itu memberi peluang kepada Umno BN untuk memperbetul kesilapan lalu.
Sehubungan itu Khalid berkata, Pakatan Rakyat Selangor menyerahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan yang betul kerana yakin rakyat mampu menilai mana yang baik dan buruk.
"Saya ingat orang Lembah Klang lebih matang daripada itu. Baguslah, teruskan usaha (Najib) untuk menjadi pemimpin yang amanah, telus dan ikhlas. Kita berdoa bukan untuk Pakatan Rakyat sahaja tapi kita berdoa untuk semua masyarakat," katanya lagi.
Dalam pada itu, Pakatan Rakyat ujarnya telah mencuba sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat selepas diberi mandat pada 2008.
"Untuk mengubah perlakuan 50 tahun Umno BN dalam masa 4, 5 tahun bukan perkara yang senang. Tapi inilah peluang untuk rakyat selangor membuat pilihan.
"Saya rasa kita sudah mencuba sedaya upaya. Rakyat Selangor bolehlah membetulkan yang tak betul, menyokong perkara yang boleh diperbaiki dan saya harap peluang (kepada pakatan Rakyat memerintah) berterusan,"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan