Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
05 Februari 2012
Shahrizat perlu letak semua jawatan jika ada maruah- Zuraida
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil perlu berundur dari semua jawatannya samada dalam politik mahupun kerajaan, sekiranya beliau mempunyai maruah, tegas Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Zuraida mengulas desakan beberapa pihak khususnya dari pimpinan Umno sendiri yang mahu Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat itu, meletak jawatan, selepas keluarganya dikaitkan dengan skandal NFC.
“Kalau Shahrizat seorang pemimpin yang ada maruah, kita nasihatkan beliau berundur dan meletakkan semua jawatannya dalam politik dan kerajaan,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.
Semalam, bekas menteri dan Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz menggesa supaya Shahrizat berundur, selain desakan serupa turut disuarakan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.
Rafidah dalam wawancara dengan The Malay Mail dilapor berkata, keputusan berundur merupakan tindakan paling matang untuk berdepan dengan masalah yang dihadapi Shahrizat.
Manakala Syed Ali pula menulis di blognya mengakui rakyat kini mula menyindir umno berhubung skandal berkenaan.
Mengulas lanjut, Zuraida berkata, skandal NFC yang dikaitkan dengan keluarga Shahrizat itu bukan sahaja memalukan beliau dan keluarganya, tetapi juga rakyat malah partinya sendiri.
“Maknanya, partinya sendiri tidak mahu beliau dan eloklah beliau berundur terus,” tegas Zuraida.
Penyelewengan NFC sebelum ini dikesan melalui pendedahan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan akhir tahun lalu.
Ekoran itu, KEADILAN membuat pendedahan bersiri terhadap salahguna dana sebanyak RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.
Antaranya pembelian unit kondominium di Bangsar dan Singapura masing-masing berharga RM13.8 juta dan RM9.9 juta, kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 serta dua bidang tanah bernilai
RM3,363,507 di Putrajaya.
Wang NFC juga diguna membiayai percutian keluarga Shahrizat di luar negara, selain disalurkan kepada restoran-restoran mewah yang juga milik keluarga Shahrizat.
KEADILAN turut mendedahkan penggunaan kad kredit oleh keluarga Shahrizat sebanyak RM593,500 pada tahun 2009 dengan dibiayai oleh dana NFC.-K/Daily
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan