Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
26 Februari 2012
Jangan korbankan keselamatan, kesihatan rakyat – Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) supaya tidak mengorbankan keselamatan dan kesihatan rakyat semata-mata mahu memperoleh keuntungan ekonomi.
“Boleh buat duit tapi jangan korbankan kesihatan dan keselamatan rakyat. Kerana beberapa orang cari untung, kamu rampas hak rakyat.
“Hari ini, rakyat mesti bangkit mengatakan hak mereka menolak dasar yang tidak menjamin keselamatan, merosakkan alam sekitar.
“Takkanlah dua, tiga tauke yang tentukan masa depan negara, Masa depan ditentukan rakyat terutama kalangan muda,” kata Ketua Pembangkang itu.
Beliau berucap demikian menggunakan pembesar suara (healer) depan ribuan rakyat terutama anak muda di Teluk Chempedak di sini, malam tadi. Ketua Umum KEADILAN itu juga sempat beramah mesra dengan anak muda.
Katanya, Pakatan Rakyat tidak menentang pembangunan atau industri tetapi harus waspada jika sesebuah projek berkenaan tidak menjamin keselamatan rakyat.
“Tunjukkan solidariti rakyat menolak keangkuhan kuasa, menolak fitnah, mana-mana polisi yang tak jamin keselamatan rakyat. Tolak Lynas,” katanya.
Beliau yakin anak muda mampu membawa perubahan dalam mempertahankan hak rakyat dan membawa perubahan di negara ini berikutan semangat mereka sangat menyakinkan.
“Sambutan anak-anak muda sangat baik, cukup menyakinkan kita. Anak-anak muda beginilah yang mencetus perubahan di dunia Arab,” katanya.K/daily.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan