Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

12 Februari 2012

ANAK : Isa Samad Buat Rumah Terbuka FELDA Sepuluh Kali Lebih Mahal


Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Samad didakwa membelanjakan lebih RM353,000 untuk rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri FELDA tahun lepas, iaitu 10 kali lebih tinggi daripada kos majlis tersebut pada tahun-tahun yang sebelumnya.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman juga mendakwa isteri Isa, Bibi Sharliza Mohd Khalid turut mengadakan satu lagi majlis rumah terbuka yang lain seminggu selepas majlis yang sama diadakan di rumah Isa.


Mazlan berkata, majlis di rumah Isa di Port Dickson pada 10 September lepas dan majlis di rumah Bibi Sharliza di Taman Fatimah Kuala Pilah pada 17 September masing-masing menelan belanja RM353,370 dan RM17,875.

Biasanya Mazlan menjelaskan, FELDA memperuntukan lebih kurang RM30,000 bagi majlis tahunan itu dan ia lazimnya diadakan di ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur.

"Apa keistimewaan nak buat rumah terbuka isteri pengerusi FELDA? Ni pelik. Saya tak pernah dengar selama ni. Biasanya pengerusi buat untuk staf dia cukup lah. Dia mewakili semua.

"Menjadi tanda tanya bagaimana peruntukan ini dikeluarkan. Apa keistimewaan yang ada pada isteri pengerusi FELDA? Sehinga mendapat bajet dan dibuat di luar dari ibu pejabat FELDA di Kuala Lumpur.
"Kita akan buat laporan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah)," Mazlan berkata di sidang media di sini semalam.

Mazlan turut mendakwa mempunyai bukti kes pembaziran berjuta-juta wang FELDA oleh Isa semenjak MP Port Dickson itu dilantik pengerusi FELDA pada Januari 2011.

"Mungkin bila dia dah mula comeback di dalam politik dia nak pergi lebih jauh tapi dia beri meudarat yang besar kepada FELDA. Dia menggunakan wang FELDA wang peneroka FELDA. Ini kita tak boleh kompromi.

"Lepas ini kita akan umumkan yang juta-juta. Kita harap SPRM dapat memastikan Isa Samad disiasat, kerana sebelum ini kita sudah serahkan kes mengenai Isa Samad ke SPRM."Wang FELDA dibazirkan dengan begitu banyak yang akhirnya peneroka-peneroka FELDA yang sepatutnya menikmati pendapatan FELDA daripada hasil komoditi mereka.
"Tiba-tiba warga FELDA tak dapat apa-apa mereka ini yang tak ada seinci tanah pun di FELDA mereka ini telah mengfaraid kan wang FELDA untuk aktiviti-aktiviti peribadi dan politik mereka."- Tvsnews

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...