Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

03 September 2012

Sabotaj bas Merdeka Rakyat, AMK mahu ambil tindakan undang2

A ngkatan Muda Keadilan (AMK) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Persekutuan berikutan gangguan program Merdeka Rakyat, kata Setiausahanya, Julailey Jemadi.

“Perlembagaan Persekutuan menjamin hak rakyat untuk berpersatuan, berhimpun dan menyampaikan maklumat. Malangnya program Merdeka Rakyat diganggu.

“Sepatutnya polis menjamin keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau pemimpin negara. Di Eropah, Ketua Pembangkang setaraf Menteri. Di Malaysia keselamatan Ketua Pembangkang dan programnya diabai.

Anwar, Mahfuz diserang dalam masjid


S ekumpulan samseng yang dipercayai ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.

Menurut laporan Keadilandaily, tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa pemuda berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di dalam masjid Al Husin.

Mereka juga bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya.

01 September 2012

Tiada Campurtangan Polis, Ambang Merdeka ‘Janji Demokrasi’ Berakhir Aman




Sambutan ambang merdeka ‘Janji Demokrasi’ yang diadakan di sekitar Dataran Merdeka dan di hadapan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) malam tadi berkahir aman tanpa sebarang kekecohan berikutan tiada tindakan provokasi oleh pihak polis.

Berbeza seperti mana yang terjadi dalam perhimpunan siri 1,2 dan 3 anjuran BERSIH kerana terdapat banyak tindakan provokasi dan serangan-serangan ganas polis terhadap peserta perhimpunan.

Demikian menurut kerabat diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan ketika ditemui TVSelangor di lokasi sambutan ambang merdeka ‘Janji Demokarasi’ malam tadi.

Najib gagal jadikan Merdeka ke-55 peristiwa bersejarah


AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin (gambar) memperlihatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menjadikan sambutan 55 tahun kemerdekaan sebagai satu peristiwa yang bersejarah kepada negara ini.

Menurutnya lagi, rakyat telah menunjukkan bantahan mereka terhadap sambutan kemerdekaan tanpa bersembunyi dengan tidak mengibarkan Jalur Gemilang seperti mana yang dilakukan sebelum ini.

"Saya melihat satu yang begitu aneh berlaku apabila rakyat tidak mengibarkan Jalur Gemilang sedangkan esok adalah sambutan hari kemerdekaan negara.

29 Ogos 2012

Syaitan: Dr Haron Din sanggah Dr Mahathir

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkawan dengan syaitan yang dikenali lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali'.

Bagi beliau, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka.

Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.

Kurangnya Jalur Gemilang, Merdeka ke-55 hambar


Beberapa hari sahaja lagi menjelang tanggal ulang tahun sambutan hari kemerdekaan, rata-rata orang ramai dilihat bagaikan tidak cakna dan tidak pedulikan tarikh yang dianggap “keramat” oleh pemerintah itu.

Ini dapat diukur daripada kurangnya pengibaran Jalur Gemilang di premis-premis perniagaan, rumah kediaman dan kenderaan sehingga sambutan merdeka ke-55 tahun ini dilihat paling hambar.

Memang terdapat gesaan daripada pihak kerajaan terutama melalui media televisyen menyeru rakyat mengibarkan bendera kebangsaan. Namun berdasarkan pemerhatian, gesaan tersebut hanya dipandang sepi oleh umum.

Hudud bukan isu sebenar menjelang PRU-13

Semua parti politik di Malaysia perlu menghentikan polemik mengenai hudud. Samada PAS, UMNO, MCA mahupun DAP perlu berhenti menjadikan isu hudud sebagai ‘punching bag’ mereka menjelang PRU 13.

2. Ditakuti, perbincangan yang tiada kesudahan oleh pihak-pihak yang masih tidak jelas tentang hakikat sebenar hudud ini hanya akan membawa kepada ‘Islamophobia’ di kalangan masyarakat non-Muslim seperti yang disuarakan oleh pihak Angakatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

3. Hakikatnya, isu perlaksanaan hudud memerlukan perbincangan yang lebih panjang dan bukannya sekadar isu politik semata-mata.

28 Ogos 2012

Tak mahu perubahan, Najib, Mahathir takut Pakatan ganti BN


Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, Najib Razak bersama bosnya, Tun Mahathir Mohamad tidak mahu perubahan kerana mereka sebenarnya takut menghadapi pertukaran kerajaan pada pilihan raya umum (PRU) nanti.

Beliau berkata, rakyat berhak menentukan siapa yang bakal meneraju negara dan tiada siapa boleh menghalang kemahuan mereka termasuk Najib dan Mahathir.

Katanya, larangan untuk rakyat membuat perubahan menunjukkan Perdana Menteri dan mantan Perdana Menteri itu tidak memahami pengertian demokrasi.

Jangan perdagangkan wakil rakyat macam lembu

Penentangan Umno BN terhadap cadangan pindaan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang untuk mengharamkan gejala lompat parti oleh wakil rakyat disifatkan sebagai sebuah amalan pecah amanah terhadap mandat yang diberikan rakyat.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang; Lim Guan Eng, BN dilihat menentang keras cadangan ini kerana ia akan menghalang mereka dari memperdagangkan wakil rakyat.

“Tentangan BN ini kita sudah duga dari awal lagi,” kata beliau kepada pemberita dalam sebuah sidang media di ibu pejabat DAP hari ini.

Pakatan jamin bela hak Melayu dan kaum lain – Anwar


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas, hak keistimewaan orang Melayu dan lain-lain kaum akan terjamin jika Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya membentuk Kerajaan Pusat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Katanya, antara tawaran Pakatan jika menang pilihan raya termasuk menurunkan harga minyak dan kereta serta membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, rakyat tidak bodoh untuk terus percaya dakwaan Umno BN bahawa negara akan bankrap jika ditadbir Pakatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...