Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

09 September 2011

Tinggal 24 Jam Sebelum Utusan Disaman


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menghantar notis supaya Utusan Malaysia supaya menarik balik laporan dan memohon maaf di atas penyiaran laporan bertarikh 27 Ogos lalu yang didakwa berunsur fitnah.


Katanya, beliau memberikan tempoh selama 24 jam untuk berbuat demikian sebelum menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ekoran laporan muka depannya bertajuk "Mat Sabu Hina Pejuang".


"Utusan Malaysia pada 27 Ogos yang tulisannya pada muka depannya langsung tidak sama dengan ucapan saya yang sebenarnya. Saya dengar berkali-kali.


"Ia telah menimbulkan fitnah dan kemarahan orang ramai terhadap saya.

08 September 2011

MB Johor contoh terbaik talibarut British?


Perdebatan sejarah kemerdekaan kembali panas dengan pengakuan MB Johor, yang menukar pendiriannya setelah mengatakan Mat Indera sebagai Tokoh Terbilang suatu ketika dulu. Apakah tujuan MB Johor menukar pendirian? Apakah MB Johor ini ditekan oleh Umno Johor kerana kerisauan Johor juga bakal tumbang jika sejarah sebenar terungkai ?


Merujuk kepada kenyataan MB Johor dalam portal bernama;

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.

07 September 2011

Umno semakin terdesak burukkan Pakatan- Syed Husin


Ahli Biro Politik KEADILAN, Dr Syed Husin Ali menyifatkan Umno semakin  terdesak sehingga sanggup memainkan pelbagai isu untuk memburukkan imej Pakatan Rakyat.
Menurutnya, ia termasuk serangan terbaru yang dilakukan parti itu terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu yang menyokong perjuangan Muhammad Indera menentang British.
“Memang Umno hipokrit selama ini. Sebelum ini dia guna isu agama tak berkesan, kemudian isu kaum. Sekejap berpendirian 1 Malaysia dan kadang-kadang menyokong pendirian Utusan Malaysia (Yang berbaur perkauman),”

Mat Sabu : Kisah Mat Indera Makin Popularkan Saya

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Mat Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu menganggap pelbagai tuduhan dan dakwaan yang dikenakan ke atasnya berhubung isu Mat Indera tidak sama sekali menjejas kedudukannya dalam bidang politik, sebaliknya lebih meningkatkan popularitinya.


Menurut beliau, sejak isu Mat Indera yang disifatkannnya sebagai pejuang sebenar kemerdekaan, beliau menerima pertambahan sokongan dari kalangan blogger yang menyokong pendiriannya itu.

Pejuang Merdeka: PAS harap Umno terima debat


Apakah Umno sanggup sahut cabaran Pas?


PAS mencabar Umno mengadakan debat mengenai isu pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air bagi membetulkan catatan sejarah mengenainya yang diselewengkan oleh pihak penjajah khususnya British.


Surat jemputan mengenainya akan ditulis dan dihantar oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Ketua Penerangan Umno pada minggu ini.

06 September 2011

Isu Bukit Kepong : Mat Sabu Sifatkan Umno Gali Kuburnya Sendiri

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan Umno kini hanya cuba menggali kuburnya sendiri apabila terus-menerus mempertikaikan kenyataan beliau bahawa Mat Indera adalah salah seorang pejuang kemerdekaan negara.


Mengulas lanjut dakwaan Umno itu, beliau kini memiliki buku terbitan Yayasan Warisan Johor yang berjodol "Pengukir Nama Johor" yang mana penaungnya adalah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman sendiri dengan menamakan Mat Indera sebagai salah seorang hero Johor.


Ghani juga turut memberikan kata-kata aluan dalam buku yang diterbitkan pada tahun 2004 itu.

Warganegara segera lebih bahaya dari Komunis

Memberikan hak warganegara kepada warga asing dan seterusnya mendaftarkan mereka sebagai pemilih adalah lebih bahaya dari pengganas Komunis, kata Salahudin Ayub.


"Kita nak beritahu kepada Umno BN, memberikan warganegara kepada warga asing dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih lebih bahaya dari pengganas Komunis," kata Naib Presiden PAS itu kepada Harakahdaily.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian sebagai membidas tindakan Umno BN yang menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam isu Mat Indera.

05 September 2011

Serangan Bertubi-tubi Umno Terhadap Mat Sabu Hanya Untuk Lindungi Sejarah Sendiri

Serangan bertubi-tubi Umno terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong disifatkan sebagai bertujuan mempertahankan sejarah versi parti Melayu itu sahaja, kata penganalisis politik.

Pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI), Lim Teck Ghee berkata, tindakan Umno itu hanya mahu mengekalkan tafsiran sejarahnya yang mana telah “yang digunakan dengan meluas di sekolah dan media rasmi” bahawa ia adalah pihak yang berjuang untuk kemerdekaan.

“Sudah tentu, Umno dulu sangat berbeza dengan Umno sekarang dan kemerdakaan dicapai melalui usaha-usaha pelbagai kuasa termasuk Parti Komunis Malaya,” kata Lim Teck Ghee dipetik The Malaysian Insider.

“Bagaimanapun, harapan adalah supaya propaganda dan versi mementingkan diri sendiri ini akan menjadi tafsiran yang tidak boleh dicabar dan kekal dalam sejarah kita,” tambahnya.

Wikileaks: Bukti Umno terus perkuda institusi kehakiman

Pendedahan Wikileaks betapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap akan dipenjara atas sekalipun, menunjukkan Umno terus memperkuda institusi kehakiman demi kepentingan politik sempit mereka.


Sehubungan itu, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, penguasaan Umno harus ditukar lantaran Datuk Seri Najib Razak sehingga kini enggan berubah.


“Sudah tiba masanya pemerintah ini diubah dengan memilih Pakatan Rakyat sebagai peneraju baru negara bersama dasar pro rakyat,” katanya.

Bagaimana agaknya Umno tulis sejarah Anwar

Setelah membuat satu kenyataan yang membuatkan rakyat terfikir bagaimana sepatutnya sesebuah sejarah harus ditafsir, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini sekali lagi mengajak rakyat berfikir mengenai kesahihan penulisan sejarah oleh manusia, dan mengapa sejarah tidak harus diterima bulat-bulat tanpa soal selidik terlebih dahulu.


Menggunakan ungkapan sinis ‘Yang menang tulis sejarah, yang kalah buat puisi’, Tuan Ibrahim berkata adalah sukar untuk mencari penulisan sejarah oleh manusia yang jujur, kerana majoriti penulis sejarah menulis dari perspektif di pihak mana mereka berada dan ada yang menulis di bawah kawalan ketakutan dan telunjuk golongan berkuasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...