Chan Kok Keong
Jawapan perundangan kepada ststus Setiausaha (SUK) Negeri adalah sungguh mudah.
Siapa dia Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri? Beliau ialah seorang pekerja kepada kerajaan. Dia menandatangani surat perjanjian untuk menjadi pekerja yang taat. Dalam kes Mohamad Khusrin Munawi, dia hendak bekerja dengan kerajaan negeri Selangor: siapakah majikannya?
Persoalan penting di sini: bolehkah beliau mendesak atau memaksa bahawa beliau mahu bekerja untuk kerajaan negeri Selangor?
Menurut undang-undang sivil, tiada penjawat awam yang boleh memaksa majikannya menandatangani kontrak pekerjaannya.
Begitu juga, menurut pandangan umum, bolehkah seorang amah Filipina misalnya memaksa majikannya dengan mendesak bahawa beliau mahu bekerja untuk majikan yang tidak mahu mengambilnya bekerja?
SUK boleh dianggap sebagai pejawat awam tertinggi di sebuah negeri. Tetapi beliau mestilah seorang yang boleh diterima oleh majikannya iaitu kerajaan negeri.
Mari kita mengambil contoh yang lain, katakan, sebuah syarikat tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur. Bolehkah seorang CEO (ketua pegawai eksekutif) dilantik tanpa persetujuan dan kelulusan daripada Lembaga Pengarah? Jawapannya adalah jelas, TIDAK.
Malahan jika pihak Lembaga Pengarah menyerahkan tugas itu kepada sebuah jawatankuasa kecil untuk memilih CEO, keputusan akhir untuk mengambilnya bekerja terletak di bahu Lembaga Pengarah, dan bukan orang lain.


