Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

26 Jun 2012

Tunku Harmy : Golongan “Pengemis Terhormat” Rosakkan Ekonomi Melayu




Jika ‘golongan pengemis terhormat’ terus diberi peluang maka jika diberi 100 tahun lagi pun, agenda ekonomi Melayu tidak akan berjaya, kata seorang Kerabat Diraja Negeri Sembilan.

‘Golongan pengemis terhormat’ itu merujuk kepada pemimpin Umno-BN dan kroni-kroninya, kata Tunku Harmy Tunku Hannan, yang merupakan sepupu kepada Baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Katanya, sejak awal 80an lagi, banyak projek hanya disuapkan kepada kroni-kroni Umno-BN tanpa pertimbangan kebolehan.


Manakala ahli perniagaan yang benar-benar layak tidak mendapat peluang-peluang tersebut.

Tunku Harmy berkata projek itu diberikan kepada kroni Umno-BN supaya pemimpin parti itu dapat melonjakkan diri ke peringkat negeri dan nasional.

“Orang inilah yang ditaja untuk diagih segala kekayaan walaupun mereka ini bukan golongan ahli perniagaan.

“Kalau golongan ini diberikan tempat 100 tahun lagi pun dasar ekonomi melayu tidak akan berjaya sebab mereka ini dulu lagi saya sudah ‘cop’ ia ‘golongan pengemis terhormat’.

“Sebab apabila mereka mahu projek, mereka akan pergi ke pejabat-pejabat Menteri Besar dan Menteri-menteri lain untuk memohon sedekah untuk makan.

“Kemudian menteri-menteri ini akan beri tiga hingga empat dulang yang selebihnya dia muntah ke longkang dan begitulah seterusnya,” katanya yang merupakan Bekas Timbalan Pengerusi Kontraktor Melayu Negeri Sembilan.

Jelasnya, semasa pentadbiran (bekas Menteri Besar) Tan Sri Isa Samad, beliau lantang berkata ‘Jika kerajaan menggalakkan sistem pengemis ini pada orang melayu maka orang melayu tetap akan menjadi pengemis sampai bila-bila’.

“Baru-baru ini semasa Isa menjadi Pengerusi Felda, saya nampak dalam satu kontrak ada nama pengemis ini untuk pemberian getah-getah,” Tunku Harmy berkata di dalam rancangan Terus Terang bersama pengarang TVSelangor Mat Zahari Ali.

“Padahal Felda sudah bagi beliau banyak duit, kenapa orang lantik orang tengah dengan harga yang tinggi? Keuntungan yang banyak sehingga RM1 juta. Tapi saya tengok beliau tetap miskin sebab berfoya-foya.

“Jadi smpai bila-bila pun orang melayu tidak akan kaya dibawah pentadbiran Umno-BN,” katanya.

Natijahnya, sekiranya rakyat menyokong pentadbiran Umno-BN, rakyat tidak akan maju kerana golongan yang berjaya hanya golongan yang ‘pandai’ mencari tempat.

Oleh kerana itu, jelasnya, beliau tinggalkan parti itu ketika berusia 26 tahun kerana jijik dan meluat dengan sikap pemimpinnya.

“Saya dulu merupakan ahli Umno. Saya ialah Ketua Pemuda Umno cawangan dan Setiausaha Biro Ekonomi Pemuda Bahagian.

“Saya cukup jijik dengan mereka kerana dimana-mana sahaja orang Umno yang menguasai.

“Orang yang betul-betul yang mahu berniaga tidak dapat peluang itu.

“Jadi bila saya tengok ragam mereka dengan ketawa mereka yang terbahak-bahak penuh dengan riak, jadi saya jijik dan meluat maka saya tinggalkan tidak mahu terjun ke dalam politik,” katanya.

Rancangan Terus Terang akan disiarkan pada 29 Jun.-Selangorku

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...