Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, kerajaan tidak pernah membincangkan perlaksanaan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman dengan badan itu.
"Perkara ini tidak pernah dibincangkan dengan Badan Peguam Malaysia dan kita melihat ia amat bertentangan dengan hak asasi negara ini dan juga perlembagaan.
"Saya membantah perlaksanaan tersebut serta tindakan kerajaan melaksanakan Rang Undang-Undang tersebut melanggari dengan amalan sistem demokrasi negara," jelas Pengerusi Bersih 2.0 itu.
Dalam pada it, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan individu mengadakan perhimpunan aman dalam Kempen Kebebasab Berhimpun (KKB) di hadapan bangunan Parlimen hari ini.
Kempen itu bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan yang telah membentangkan rang undang-undang baru iaitu Bil Perhimpunan Aman.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut serta dalam perhimpunan KKB itu menjelaskan melalui perlaksanaan rang undang-undang yang baru itu telah menyekat sepenuhnya kebebasan rakyat untuk mengadakan perhimpunan.
"Kerajaan akan membuat bacaan kedua hari ini tapi apa yang pasti Pakatan Rakyat membantah keras rang undang-undang tersebut walau apa jua alasan diberikan oleh kerajaan.
"Kita melihat dalam masa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan ingin mengamalkan sebuah negara demokrasi tetapi dengan perlaksanaan rang undang-undang terbaru ini menutup sepenuhnya amalan demokrasi," jelasnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua memberitahu dengan kelulusan undang-undang tersebut, secara langsung ceramah-ceramah parti politik kalau sebelum ini hanya memerlukan dua minggu permohonan permit terpaksa menunggu selama sebulan.
"Halangan berlaku semasa dalam permohonan permit dan jika ada di antara mereka yang hadir mendengar ceramah itu membawa kanak-kanak maka penganjur akan dikenakan tindakan RM20 ribu jika disabitkan bersalah.
"Begitu juga jika terdapat warga asing yang juga turut hadir maka penganjur juga akan dikenakan tindakan," katanya.
Tambahnya lagi, undang-undang tersebut merangkumi kesemua tempat sama ada terbuka mahupun tertutup.
“Sekali lagi ditekankan di sini Pakatan Rakyat membantah sekeras-kerasnya perlaksanaan rang undang-ndang tersebut dan kita akan bahas sepenuhnya bagi memastikan ia ditarik balik," sambungnya lagi.-Hrkhdly
Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
25 November 2011
K'jaan tidak pernah bincang RUU Perhimpunan Aman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan