Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

06 November 2011

Gabungan NGO : Laksana Penambahbaikan Piliharaya Atau Terima Protes Rakyat


Jika piliharaya umum diadakan tanpa penambahbaikan seperti lapan tuntutan 'Himpun Bersih' , ia akan mencipta sejarah pilihanraya paling kotor dan pincang.

Gerakan yang mahu dikenali sebagai ‘Massa' memberi amaran kepada Kerajaan Persekutuan agar melaksanakan proses penambahbaikan pilihanraya sebelum memanggil Pilihanraya Umum.


Jika penambahbaikan tersebut tidak berlaku, kata salah seorang pemimpin pergerakan itu, Badrul Hisham Shaharin, Massa akan mengerakkan protes rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional secara besar-besaran.



"Yakin lah rakyat sudah mula hilang kesabaran, negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses pilihanraya paling teruk," kata Badrul, yang mesra dengan panggilan Chegu Bard pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini.


Badrul mendakwa ada makluman yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan parlimen pada bulan ini bagi membolehkan pilihanraya umum dilakukan dalam masa terdekat.


Sebelum ini, kebangkitan rakyat menerusi Himpunan Bersih 2.0 Julai lalu mendesak kerajaan melunaskan lapan tuntutan dalam penambahbaikan proses demokrasi pilihanraya.


Lapan tuntutan itu mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan Daftar Pemilih, mereformasikan undi pos; mengguna dakwat kekal; akses media bebas dan adil, tempoh kempen minima 21 hari; mereformasikan institusi awam'; serta menghentikan rasuah dan politik kotor.


Ekoran daripada himpunan Bersih, Najib pada bulan September mengumumkan pembentukan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen untuk menambahbaik sistem pilihanraya.


Badrul berkata jika piliharaya umum diadakan tanpa penambahbaikan seperti lapan tuntutan tersebut, ia akan mencipta sejarah pilihanraya paling kotor dan pincang.
"Tidak menolak kemungkinan kali ini, rakyat turun bukan sahaja untuk protes tetapi benar-benar untuk menukar rejim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk proses demokrasi yang bersih dan adil."


Turut hadir bersama CheguBard adalah Haris Ibrahim dari Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia, wakil Parti Rakyat Malaysia Dr Rohana Ariffin, wakil Parti Keadilan Kaum India, PS Jennapala dan wakil Liga Graduan Tiada Pekerjaan Devadas Silvaraju.-Tvsnews

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...