Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

18 November 2013

Penganalisis: Perwakilan PAS perlu pilih pemimpin yang boleh lonjakkan parti


Muktamar PAS ke 59 pada 22 hingga 24 November menjadi perhatian banyak pihak kerana pemilihan dan juga apakah akan ada usul supaya kerjasama dalam Pakatan Rakyat dikaji semula.

Ini kerana, sebelum ini resolusi Multaqa Ulama yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah pada September lalu mencadangkan agar Tahaluf Siyasi bersama Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikaji semula.

Ucaptama yang dibacakan oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menyarankan agar parti itu perlu menilai kebaikan dan keburukan hubungan PAS dengan PKR.


Saranan tersebut dilihat atau dibaca sebagai isyarat bahawa golongan ulama dalam PAS mahu supaya menerusi pemilihan parti yang dijadualkan pada 22 November depan, perwakilan akan memberi tempat kepada mereka untuk menduduki jawatan utama seperti Presiden, Timbalan Presiden dan ketiga-tiga jawatan Naib Presiden.

Justeru itu, perwakilan PAS dinasihatkan supaya berfikir dengan matang dalam memilih pemimpin yang bakal menerajui parti itu untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Penganalisis dan penulis buku politik, Mohd Sayuti Omar berkata jika perwakilan mahu meletakkan PAS sebagai parti dan bercita-cita untuk menggantikan UMNO, maka cadangan supaya Tahaluf Siyasi merupakan satu tindakan paling tidak bijak.

Beliau juga menjelaskan, perwakilan PAS perlu mempersoalkan kewajaran cadangan supaya Tahaluf Siyasi dengan PKR dan DAP dikaji semula.

Katanya jika alasan yang diberikan kerana faktor ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perwakilan perlu bertanya apa bezanya kalau bekerjasama dengan UMNO yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak.

"PAS cukup bertuah kerana berjaya membentuk kerajaan di Kedah sebelum ini dan bersama membentuk kerajaan di Selangor.

"Perlu difikirkan apakah kejayaan ini apa sebabnya? Adakah bijak untuk mengkaji semula hubungan dalam Pakatan Rakyat setelah kejayaan ini dicapai," katanya.

Mohd Sayuti juga menegaskan, jika perwakilan memilih pemimpin yang bukan ulama ia tidak bermakna bahawa golongan agamawan itu terpinggir dalam parti itu.

Katanya, PAS telah meletakkan ulama begitu tinggi dalam parti dengan adanya Majlis Syura Ulama dan salah satu sayap partinya ialah Dewan Ulama.

"Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama merupakan badan yang begitu tinggi dan memantau PAS dalam setiap tindakan mereka.

"Yang penting mereka yang diletakkan dalam badan-badan tersebut benar-benar ulama, yang jujur, yang ikhlas yang betul berjuang untuk Islam.

"Jangan pula yang berada dalam dewan-dewan ini mereka yang hanya digelar ulama tetapi perwatakannya dan peribadi serta pemikirannya tidak seperti ulama," katanya lagi.


astroawani

2 ulasan:

Mansor bin Junus berkata...

Assalamualaikum. Sebagai penyokong PAS, saya juga berdebar menunggu keputusan pemilihan kepimpinn tertinggi yang bakal diadakan tak lama lagi. Cuma saya berharap perwakilan bijak untuk membuat pemilihan. Ulamak ditempat yang mereka ada kepakaran dan umarak ditempat yang sewajarnya. Dua pengalaman yang lepas cukup memberi pengajaran apakah yang perwakilan patut lakukan.

Ulamak pegang Terengganu, bungkus dalam satu penggal sahaja. Presidennya sendiri yang menjadi teraju rentadbiran. Kedah pun sama. Ulamak2 ini pegang satu penggal saja lingkup. Bikin malu PAS saja kerana kebodohan dan kedangkalan pemimpin2 mereka. Ada peluang tak pandai guna. Tetapi kini menjelang pemilihan, kumpulan inilah yang paling vokal.

Saya tinggal di Yan Kedah dan mengundi juga di sana. ADUN saya ialah Allahyarham Ustaz Azizan sindiri. Kami semua tahu bagaimana beliau tadbir negeri. Kekalahan memang sudah dijangka.

Kalaulah PAS kini dilihat kurang dominan dalam Pakatan, itu adalah kesalahan pemimpin2nya sendiri. Kalaulah gulungan muda sudah mula menjauhi PAS, janganlah salahkan orang lain, semak diri sendiri dulu. Apakah Sayap pemuda telah buat selama ini.

Pendapat peribadi saya, beberapa pemimpin2 terutama sukali dari Terengganu sudah menjadi kayu buruk yang basah. nak disimpan tak banyak guna, nak dibakar api pun tak makan.

Berilah ruang yang lebih luas kepada gulungan professional untuk membantu parti. Gulungan ulamak ini samalah saperti seorang bapa. Biarlah anak2 buat kerja, bapa2 cuma perhati sahaja. Kalau elok berilah sokongan dan kalau kurang elok tegur dan perbetulkanlah.

Saya yakin, kalaulah tiada faktur DSAI, DAP tidak akan ada dalam PAKATAN. kalaulah PAKATAN hancur, UMNO akan buat kenduri besar.
DSAI kini sudah hampir 66 tahun.
Fikir2kanlah......



Tanpa Nama berkata...

b&X6F;ok&X6d;arked!!, I l&X6F;ve your web si&X74;е!


Revieω &X6d;у web site :: google

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...