Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

03 November 2010

Dr Asri Lupa Kerana Beliau Bukan Orang Politik, Cuma Bekas Mufti Dan Penceramah Bebas


Shamsul Saran Dr Asri Nasihati Tun Mahathir Dulu
 Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin menyarankan agar bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin menasihati dahulu Tun Dr Mahathir Mohamad agar insaf dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tertindas selama hampir 23 tahun.

Kata Shamsul hegemoni Mahathirisme telah membunuh semangat demokrasi dan berterusan memanipulasi instrumen kerajaan demi memperkukuh cengkaman Umno-BN kepada rakyat.

Shamsul Iskandar berkata demikian dalam satu kenyataan medianya sebagai mengulas kenyataan terbaru Dr Mohd Asri melalui blog di bawah entri "Politik Kita Memerlukan Anjakan Baru".


Kenyataan Asri sebelum ini mencadangkan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara daripada politik.

Shamsul berkata, "Apakah beliau (Dr Asri) lupa bahawa tercetusnya gelombang perubahan di kalangan rakyat ialah melalui Datuk Seri Anwar, Apakah beliau tidak sedar bahawa berlakunya impak kepada Umno-BN di dalam Pilihanraya Umum Ke-12 adalah kerana gelombang rakyat melalui muafakat Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar"

Tegas Shamsul, di saat beliau menyarankan politik idea dan politik nilai dibudayakan, cadangan beliau seolah-olah satu bentuk perlindungan kepada Umno-BN yang jelas kelihatan tandus idea untuk mengekang kemaraan rakyat melalui kepimpinan Datuk Seri Anwar dan kesepakatan kepimpinan KEADILAN-PAS-DAP di bawah panji Pakatan Rakyat.

Shamsul menyarankan sekiranya Dr Asri menjunjung politik idea dan politik nilai, maka sewajarnya Dr Asri meminta agar Umno-BN menjunjung semangat federalisme dan tidak mengawal instrumen kerajaan termasuklah sistem kehakiman yang saban hari semakin menjelekkan, khususnya di dalam mengendalikan kes konspirasi kedua ke atas Datuk Seri Anwar.

Justeru Shamsul menyatakan harapan agar Dr Asri terhindar daripada dipergunakan pihak Umno-BN.

" AMK mendoakan agar Dr Asri terhindar daripada diperguna oleh Umno-BN yang gagal menerima hakikat bahawa rakyat telah membuka mata dan bersedia menolak Umno-BN yang tebal dengan rasisme dan unsur penyelewengan," katanya/TVS.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...