Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

29 Oktober 2010

Kunjongan Muhibbah Pakatan Rakyat Menemui Penduduk Tionghua Di Kampung Pulai

Jentera Pakatan Tawan Masyarakat Tionghua
Kesungguhan jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membantu calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad begitu terserlah dalam pilihan raya kecil Dun Galas kali ini.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, kerjasama jentera Pakatan Rakyat dalam setiap pilihan raya menggambarkan keutuhan parti yang menakutkan Barisan Nasional.

“Kita tengok pergerakan jentera parti ini boleh memberi kelebihan dan keyakinan kepada semua pihak untuk menyokong calon PAS,” ujarnya.

Beliau ditemui ketika bersama Dr Zulkefli dalam siri kunjungan muhibbah ke Kampung Pulai yang mempunyai 471 pengundi, majoritinya kaum Tionghua.

Nurul Izzah juga berkata dalam masa berkempen, penerimaan masyarakat Tionghua terhadap calon PAS amat memberangsangkan seperti lawatan di Kampung Baru dan Kampung Pulai
.

“Di Kampung Pulai sudah ada pos yang didirikan oleh kaum Tionghua dan mereka sanggup bertungkus lumus untuk memenangkan calon Pakatan Rakyat ini, saya ucapkan syabas kepada penduduk di kampung ini yang sanggup berubah dalam memberi sokongan,” katanya lagi.

Katanya, kempen kali ini akan digunakan oleh PKR untuk menjelaskan soal penindasan terhadap masyarakat Tionghua di Kampung Pulai yang sebelum ini menerima bantuan baja.

Namun, katanya setelah mereka tidak lagi berpihak kepada BN dan mendirikan pos untuk Pakatan Rakyat, nama mereka dengan serta merta dibuang dari senarai penerimaan baja tersebut.

Menurutnya, usaha jentera parti kali ini dapat menyampaikan mesej yang jelas kepada masyarakat Tionghua akan dapat meningkatkan jumlah undi kepada calon Pakatan Rakyat daripada PAS.

“Masyarakat Tionghua di Kelantan mempunyai pendirian politiknya tersendiri kerana mereka sudah lama berada di bawah kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan mereka tahu apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk mereka,” kata beliau lagi.- Sumber { Di Sini}

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...