Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

13 September 2010

Polis Menahan Seorang Peguam Dan Dua Beradik Yang Disyaki Membunuh Jutawan Sosilawati Serta Tiga Individu


Lapan Individu Ditahan, Suspek Akui Bunuh Sosilawati
Polis mengesahkan penahanan seorang peguam berpangkat Datuk dan dua beradik yang ditahan bagi merungkai pembunuhan hartawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu.
Polis sebelum itu menemui empat mayat yang dibunuh dan dibakar, sebelum abu mereka ditaburkan di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong di Tanjung Sepat, Banting.
Polis mempunyai sebab untuk mempercayai mayat yang dijumpa di sebuah ladang ayam di Tanjung Layang, Morib semalam adalah Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata forensik masih berusaha untuk mengesahkan identiti mayat-mayat itu.
Polis mengumumkan lapan individu telah ditahan. Ladang di Tanjung Layang itu dimiliki oleh dua beradik yang ditahan. Salah-seorang suspek mengakui bahawa beliau telah membunuh dan membakar mangsa.
Motif dipercayai berasaskan dendam dan urusan perniagaan. Penahanan berjaya atas maklumat dari orang-ramai dan media.
Empat suspek pertama yang ditangkap Jumaat lepas didapati terlibat dalam kes yang serupa tahun lepas. Soal-siasat keatas empat individu itu memberi petunjuk baru dalam kes-kes culik dan bunuh yang lain.
Sosilawati dan tiga individu terbabit dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas urusan pembelian tanah di Banting. Beliau dipercayai membawa jumlah wang yang banyak ke urusniaga itu.
Isnin lepas polis menjumpai kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya, serta BMW milik Ahmad Kamil di sebuah hotel di Subang Jaya. Kali terakhir Sosilawati dikesan seorang saksi adalah pada 2 September lepas, semasa sedang membeli kuih-muih Aidilfitri di sebuah kedai di Kampung Sungai Lan, Banting.- TVS

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...