Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
05 Februari 2013
Didaftar pengundi tanpa pengetahuan, tuntut SPR jawab
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua akan menemui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menuntut penjelasan dan bantahan mengenai tindakan badan itu mendaftar seorang individu sebagai pengundi tanpa pengetahuannya.
Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau berkata, individu tersebut tidak tahu menahu namanya didaftarkan sebelum menyedari ketika mahu mendaftarkan nama sebagai daftar pemilih baru-baru ini.
“Beliau tidak tahu namanya sudah didaftarkan. Perkara ini disedari beliau apabila mahu daftar tetapi gagal kerana rekod namanya sudah ada dalam daftar pemilih. Umurnya sudah 35, pilihan raya tahun ini dia mahu mengundi,” jelas Tian.
“Hairannya, dia sudah lama menetap di Singapura dan tidak pernah mengundi. Persoalannya siapa yang mengundi untuknya setiap kali pilihan raya,” kata Ahli Parlimen Batu itu.
Kata beliau, pemilih yang didaftar tanpa pengetahuan empunya diri banyak dikesan, namun lepas tangan SPR menyebabkan perkara tersebut berlarutan.
“Ini taktik Umno BN untuk menambahkan bilangan pengundi hantu. Sejauhmana SPR telus dalam kerjanya kerana daftar pemilih masih ‘kotor’.
“Untuk kes ini, kita akan jumpa SPR. Individu tersebut juga tidak mahu mengundi di Pulau Pinang kerana beliau kini sudah tinggal di Kuala Lumpur. Jauh untuknya mengundi di sana.
“Kita tak mahu tangguh lagi. Kalau sempat sebelum Tahun Baru Cina kita jumpa SPR. Individu itu kecewa dengan SPR kerana mendapati namanya telah berdaftar,” ujarnya melindungi nama individu tersebut untuk keselamatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen dan ulasan anda biarlah berasas dan dapat memberi manfaat untuk semua pengunjung. Janganlah mengunakan kata-kata kesat dengan mencaci dan maki hamun tanpa fakta. Oleh itu komen anda akan ditapis dan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan oleh pemilik blog.
*******************************************
Be fair and just in your comments based on facts and knowledgeable. Vulgar words and comments will not be entertained. Your comments will be posted after due consideration by the blogger. Thank you.
RakyatUntukRakyat.blogspot.com