14 Julai 2012

Rosmah berlagak Menteri wajibkan taska swasta ikuti kursus Permata


Tindakan Datin Seri Rosmah Mansor mewajibkan semua pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) swasta menghadiri kursus Permata dipersoal.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, Rosmah berlagak seperti Menteri Pembangunan Wanita apabila sesuka hati mewajibkan semua pengusaha taska menghadiri kursus tersebut.

“Rosmah adalah penaung Permata Negara. Jadi beliau mahu meluaskan ‘jajahan’ dalam pentadbiran Najib (Razak) dengan mewajibkan semua taska mengikuti kursus di bawah naungannya,” kata Zuraida.


“Ini membuktikan beliau cuba mengambil alih jawatan Menteri Wanita yang dipegang suaminya.

“Menteri Wanita dan Kebajikan adalah suaminya, bukannya dia, jadi kenapa Rosmah pula yang mahu jadikan ia sebagai satu dasar?” soal Zuraida.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, Permata tidak layak mewajibkan taska swasta mengikuti kursus itu kerana kurikulum Permata lebih rendah berbandng taska swasta.

Katanya, kemudahan yang disediakan taska swasta juga jauh lebih baik membuatkan ramai di kalangan ibu bapa menghantar anak-anak ke taska swasta.

“Isu ini telah dibangkitkan pada persidangan Parlimen lepas. Kita gesa supaya kerajaan mempertingkat taraf kurikulum taska kerajaan, bukannya menyerapkan taska kerajaan kepada Permata,” kata Zuraida.

Bermula tahun depan, semua pengusaha taska swasta wajib menghadiri kursus Permata untuk menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak, anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Arahan itu dikeluarkan oleh Rosmah yang merupakan Penaung Permata Negara.-keadilandaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen dan ulasan anda biarlah berasas dan dapat memberi manfaat untuk semua pengunjung. Janganlah mengunakan kata-kata kesat dengan mencaci dan maki hamun tanpa fakta. Oleh itu komen anda akan ditapis dan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan oleh pemilik blog.

*******************************************
Be fair and just in your comments based on facts and knowledgeable. Vulgar words and comments will not be entertained. Your comments will be posted after due consideration by the blogger. Thank you.

RakyatUntukRakyat.blogspot.com