12 Julai 2012

Rampas Selangor: Rakyat tolak rayuan PM


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yakin rakyatnya pasti menolak rayuan Perdana Menteri agar memberi peluang kepada Umno BN untuk merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kita yakin rakyat tidak lupa pentadbiran Umno BN yang membiarkan rasuah berleluasa, pengurusan sumber-sumber semulajadi menguntungkan kroni sekaligus membebankan rakyat jelata dan hasil negeri dibolot untuk golongan tertentu sahaja.

“Berbeza dengan Pakatan Rakyat yang berasaskan nilai-nilai reformasi berjaya merakyatkan pentadbiran negeri dan mengembalikan semula hasilnya kepada rakyat Selangor; Hasil Negeri Untuk Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.


Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN Selangor di Bandar Baru Bangi Ahad lalu yang mengakui Umno BN melakukan kesilapan pada PRU lalu.

Dalam pada itu, Khalid turut mengecam dakwaan Najib kononnya Pakatan tidak menunaikan janji.

“Kerajaan Selangor berjaya mencegah rasuah di semua peringkat, menghentikan ketirisan sumber-sumber negeri dan hemah berbelanja. Hasilnya, Kerajaan Selangor berjaya meningkatkan simpanan tunai kerajaan dari RM400 juta pada 2008 hampir lima kali ganda ke RM1.9 billion pada 2011.

“Sebanyak RM700 juta dipulangkan semula kepada rakyat melalui program-program kebajikan di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor.

“Ini membuktikan Pakatan Rakyat mampu mentadbir Selangor lebih baik walaupun berdepan sekatan peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan BN,” katanya lagi.

Hakikatnya, menurut Khalid, dari keseluruhan 23 peratus cukai rakyat Selangor yang dikutip pentadbiran Najib, hanya tiga peratus yang dikembalikan kepada kerajaan Selangor.- Keadilandaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen dan ulasan anda biarlah berasas dan dapat memberi manfaat untuk semua pengunjung. Janganlah mengunakan kata-kata kesat dengan mencaci dan maki hamun tanpa fakta. Oleh itu komen anda akan ditapis dan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan oleh pemilik blog.

*******************************************
Be fair and just in your comments based on facts and knowledgeable. Vulgar words and comments will not be entertained. Your comments will be posted after due consideration by the blogger. Thank you.

RakyatUntukRakyat.blogspot.com