Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
30 Jun 2012
Kes Scorpene: Dokumen 97 bongkar peranan Terasasi, Zahid dicabar buka siasatan
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi didesak memulakan siasatan mengenai penjualan dokumen sulit pertahanan negara kepada syarikat pembuat senjata Perancis.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengulang desakan ini sambil mendedahkan dokumen 97 yang dirampas polis Perancis daripada syarikat senjata Perancis, Thales International.
Menurutnya, dokumen itu adalah satu daripada 153 dokumen yang dimuat naik laman Asia Sentinel.
Katanya, jika benar Zahid tiada maklumat (mengenai penjualan dokumen itu), siasatan segera harus dibuat.
“Mahkamah Perancis ambil masa dua tahun untuk kumpul maklumat sebelum mulakan siasatan, tapi beliau (Zahid) terus kata tiada kes mahkamah. Mengapa dia bersikap demikian?” soalnya.
Tian merujuk ucapan penangguhan Zahid di Parlimen Selasa lalu yang mengatakan kerajaan tiada maklumat tentang penjualan dokumen sulit pertahanan negara kepada negara asing.
Kata Tian, dokumen 97 tersebut jelas menunjukkan peranan Terasasi (Hong Kong) Ltd dalam memberi maklumat sulit itu kepada Thomson CFS Asia, syarikat induk sebelum menjadi Thales International dan DCNS.
“Bahagian 95 hingga 128 dokumen 97 jelas menunjukkan laporan pertama Terasasi kepada Thomson CFS Asia bertarikh 2 Februari 2001 yang menyenaraikan pesaing kepada tawaran Perancis.
“Ia adalah analisis terperinci Tentera Laut Malaysia mengenai kekuatan yang ditawarkan Belanda, Jerman-Turki, Rusia dan Korea Selatan.
“Jadi, Terasasi sebagai agen pihak Malaysia telah bekerja untuk syarikat Perancis dengan memberikan maklumat ini kepada mereka,” jelasnya pada sidang media di Parlimen.
Tian berkata, selain peranan Terasasi, dokumen 97 juga menyatakan Umno sebagai penerima faedah terbesar dari urus niaga itu.
“…Selain daripada individu, parti pemerintah (Umno) adalah penerima faedah terbesar. Perunding sering digunakan sebagai agen rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang dan menerima komisyen…,” bahagian 18 dokumen itu dipetik.-Keadilandaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen dan ulasan anda biarlah berasas dan dapat memberi manfaat untuk semua pengunjung. Janganlah mengunakan kata-kata kesat dengan mencaci dan maki hamun tanpa fakta. Oleh itu komen anda akan ditapis dan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan oleh pemilik blog.
*******************************************
Be fair and just in your comments based on facts and knowledgeable. Vulgar words and comments will not be entertained. Your comments will be posted after due consideration by the blogger. Thank you.
RakyatUntukRakyat.blogspot.com