“Umno-BN tidak dapat membezakan peranan mereka sebagai kerajaan pusat dan parti politik.
“Apa yang lebih menakutkan, kemungkinan Umno-BN akan menggunakan wang ini untuk membeli undi dalam usaha mereka merampas kembali Selangor pada pilihan raya akan datang,” kata beliau kepada Keadilandaily.
Pada 19 Disember tahun lalu, Najib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, mengumumkan peruntukan dana RM2.71 bilion kepada Umno negeri itu dengan alasan untuk pembangunan negeri.
Tindakan itu dikecam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai satu penyelewengan kerana memberikan sejumlah besar wang rakyat kepada Umno Selangor, bukan kerajaan negeri.
Jumaat lalu, Khalid sekali lagi mempersoalkan tindakan Najib tersebut yang membuktikan amalan penyalahgunaan wang rakyat secara berleluasa.
Mengulas lanjut, Shuhaimi yang juga Adun Seri Muda berkata, kerajaan pusat sepatutnya memberikan dana tersebut kepada kerajaan negeri selaku pentadbir yang sah dan bukan kepada parti politik.
“Umno Selangor tidak mempunyai sebarang hak untuk menerima peruntukan dari kerajaan pusat, yang mana wang itu datang dari pembayar cukai,”.
“Ini merupakan satu pecah amanah dan penyelewengan secara terang-terangan oleh Umno, dan saya mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes ini,” katanya.
Beliau turut berkata, selama lebih lima puluh tahun memerintah, Umno-BN sememangnya tidak menjadikan prinsip tadbir urus yang baik sebagai amalan mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen dan ulasan anda biarlah berasas dan dapat memberi manfaat untuk semua pengunjung. Janganlah mengunakan kata-kata kesat dengan mencaci dan maki hamun tanpa fakta. Oleh itu komen anda akan ditapis dan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan oleh pemilik blog.
*******************************************
Be fair and just in your comments based on facts and knowledgeable. Vulgar words and comments will not be entertained. Your comments will be posted after due consideration by the blogger. Thank you.
RakyatUntukRakyat.blogspot.com