13 Mac 2012

Rakyat akan nilai sendiri permohonan maaf Najib

PAS yakin persoalan-persoalan mengenai penyelewengan dana negara, ketirisan sehingga berbillion ringgit serta kegagalan kerajaan membina sebuah negara yang berdaya saing, samada dalam pendidikan, ekonomi, sukan, keselamatan sosial dan pelbagai isu lain tetap akan kekal di minda rakyat Malaysia walaupun dengan permohonan maaf Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak.

“Ini kerana mereka sedar bahawa PM mereka hanya memohon maaf tatkala kerana pilihanraya umum ke 13 bakal menjelang tiba demi memohon rakyat terus memberi mandat kepada BN,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.


Dari segi agama, Tuan Ibrahim menerangan sikap meminta maaf adalah sifat mahmudah, samada terhadap manusia apatah lagi dengan Allah.

“Lagi banyak rasa bersalah seseorang itu, maka lagi keraplah seseorang itu akan memohon maaf. Memohon maaf dengan manusia atau rakyat teramai jarang dilakukan oleh mana-mana kerajaan atau pimpinan kerajaan.

"Kerana itu, apabila ada yang lakukan tentulah ianya menjadi bahan perbincangan awam,” terang beliau pada persoalan mengapa permohonan maaf Najib mendapat liputan meluas media.

Namun tegas Tuan Ibrahim, permohonan maaf Najib tanpa sebarang niat dan tindakan untuk memperbetulkan kesilapan-kesilapan telah membuka ruang kepada rakyat untuk menilai tahap keikhlasan PM.

Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang itu, tindakan Najib memohon maaf kepada rakyat bermakna beliau bersalah dengan rakyat, namun hanya rakyat saja yang mampu menilai samada menerima atau tidak.

“Apakah kesalahannya mungkin besar kerana ia melibatkan rakyat teramai. Lantaran itu soal rakyat ingin memaafkannya atau tidak terpulang kepada rakyat, cuma Islam mengajar kita agar memaafkan kesalahan orang lain, agar Allah memaafkan kita,” tambah beliau.

Meminta maaf dan memaafkan suatu kesalahan, tegas Tuan Ibrahim adalah sifat terpuji, namun ia bukan bermakna kerajaan harus diberi terus mandat untuk melakukan semula kesalahan, penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa.-Hrkhdly

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen dan ulasan anda biarlah berasas dan dapat memberi manfaat untuk semua pengunjung. Janganlah mengunakan kata-kata kesat dengan mencaci dan maki hamun tanpa fakta. Oleh itu komen anda akan ditapis dan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan oleh pemilik blog.

*******************************************
Be fair and just in your comments based on facts and knowledgeable. Vulgar words and comments will not be entertained. Your comments will be posted after due consideration by the blogger. Thank you.

RakyatUntukRakyat.blogspot.com