04 Januari 2012

Pakatan sedia hadapi segala kemungkinan- Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat bersedia menghadapi segala kemungkinan, menjelang keputusan perbicaraan kes Fitnah terhadapnya pada 9 Januari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas selesai mesyuarat Pakatan Rakyat di ibu Pejabat KEADILAN di sini, petang tadi.

“Kepimpinan Pakatan Rakyat, bukan sahaja saya atau (Presiden KEADILAN) Azizah sahaja tetapi juga Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan supremo DAP Lim Kit Siang.

“Kami telah bincangkan segala kemungkinan.


“Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami telah bincangkan situasi satu, dua dan tiga itu secara kolektif sebagai satu kumpulan,” kata Anwar.

Katanya, kepimpinan Pakatan juga mempunyai pelan kecemasan dan sedar mengenai apa sahaja kemungkinan yang bakal terjadi pada 9 Januari.

“Jika ada orang dalam Umno yang berpendapat bahawa dengan memusnahkan Anwar, perjuangan Pakatan Rakyat akan terbantut, perkara yang sebaliknya akan berlaku.

“Kami akan teruskan perjuangan dan dipimpin oleh dasar-dasar Pakatan Rakyat,” tegas Anwar.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menentukan keputusan kes Anwar pada Isnin depan, selepas perbicaraan berjalan selama hampir dua tahun-K/Dai;y

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen dan ulasan anda biarlah berasas dan dapat memberi manfaat untuk semua pengunjung. Janganlah mengunakan kata-kata kesat dengan mencaci dan maki hamun tanpa fakta. Oleh itu komen anda akan ditapis dan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan oleh pemilik blog.

*******************************************
Be fair and just in your comments based on facts and knowledgeable. Vulgar words and comments will not be entertained. Your comments will be posted after due consideration by the blogger. Thank you.

RakyatUntukRakyat.blogspot.com