Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berhubung tindakan Pejabat Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada tuduhan meliwat.
Malah Ketua Pembangkang itu mengulangi pendiriannya bahawa tindakan Pejabat Peguam Negara itu ada kaitan dengan campur tangan politik kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).
"Nampak campurtangan politik itu berlebihan sangat," katanya kepada TVSelangor selepas menghadiri Pesta Ponggul 2012 di Bandar Bukit Tinggi di sini hari ini.
Anwar tidak mempertikaikan notis rayuan itu tetapi berharap ianya dilakukan mengikut peraturan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail juga diminta mengambil kira kes lain yang dianggap jauh lebih besar.
"Tak apalah dia boleh rayu ikut peraturan semua. Kena konsistenlah. Janganlah kes besar, kes bunuh dan yang lain dia tak payah rayu. Banyak kes."
Pejabat Peguam Negara memfailkan notis itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Jenayah) Kuala Lumpur pada hari Jumaat.
Anwar pada 9 Januari lalu dibebaskaan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim kes tersebut, Datuk Mohammad Zabidin Mohd Diah mendapati tiada bukti yang menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari.
Menyentuh isu moral yang dijangka akan terus dieksploitasi oleh Umno-BN sekiranya kes itu disebut semula, Anwar secara sinis menjawab.
"Moral apa? Siapa nak cakap pasal moral. Perdana Menteri?".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen dan ulasan anda biarlah berasas dan dapat memberi manfaat untuk semua pengunjung. Janganlah mengunakan kata-kata kesat dengan mencaci dan maki hamun tanpa fakta. Oleh itu komen anda akan ditapis dan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan oleh pemilik blog.
*******************************************
Be fair and just in your comments based on facts and knowledgeable. Vulgar words and comments will not be entertained. Your comments will be posted after due consideration by the blogger. Thank you.
RakyatUntukRakyat.blogspot.com