17 Ogos 2011

Sita gereja: Blogger Umno tipu



Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan tuduhan blogger Umno, Papa Gomo kononnya beliau dan beberapa Adun Selangor mengarahkan pembatalan sita Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).

Menurut Khalid, Papa Gomo dalam blognya menyiarkan surat palsu dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkaitan kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja tersebut baru-baru ini.

Ia kononnya mengandungi bukti campur tangan Khalid, Nik Nazmi, Ronnie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong dalam operasi sita tersebut.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan pemalsuan yang dilakukan Papa Gomo itu hanyalah untuk beri gambaran buruk kepada Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.



Beliau juga berkata, Papa Gomo jelas tidak melakukan persediaan sebelum melakukan penipuan apabila menyatakan lokasi GMDU terletak di Damansara Utama sedangkan lokasi sebenar rumah ibadat itu adalah di Seksyen 13, Petaling Jaya.

"Papa Gomo kata MBPJ menerima aduan daripada seorang penduduk Damansara Utama tapi yang sebenarnya gereja itu di Seksyen 13 Pataling Jaya. Nampak sangat tak study betul-betul," katanya.

Sehubungan itu, beliau bersama-sama MBPJ membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya petang ini meminta satu siasatan dijalankan terhadap Papa Gomo.-Tvsnews

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen dan ulasan anda biarlah berasas dan dapat memberi manfaat untuk semua pengunjung. Janganlah mengunakan kata-kata kesat dengan mencaci dan maki hamun tanpa fakta. Oleh itu komen anda akan ditapis dan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan oleh pemilik blog.

*******************************************
Be fair and just in your comments based on facts and knowledgeable. Vulgar words and comments will not be entertained. Your comments will be posted after due consideration by the blogger. Thank you.

RakyatUntukRakyat.blogspot.com