PAS terus menerus membongkar mengenai tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan warga asing sebagai pemilih berdaftar untuk pihak tertentu dalam pilihan raya umum akan datang.
Kali ini PAS mendakwa 264 warga Kemboja telah didaftar sebagai pengundi hantu di negeri Terengganu.
“Seramai 44 orang daripadanya tidak mempunyai rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” kata Pesuruhjaya PAS negeri, Abdul Wahid Endut.
Sementara itu, Jabatan Pilihan Raya parti itu berjaya mengesan ribuan warga asing yang memiliki kad pengenalan difahamkan dikeluarkan di Kedah mendaftar sebagai pengundi di beberapa kawasan di Terengganu.
Abdul Wahid berkata, pihaknya berjaya mengesan 5,006 warga asing kebanyakannya berketurunan Myanmar didapati tersenarai sebagai pengundi di beberapa kawasan utama di negeri ini.
Pengundi Myanmar
Katanya, dari jumlah itu, 1,239 terdapat di kawasan DUN Kijal dan 529 di Air Putih khususnya di Cheneh Baru serta beberapa kawasan lain.
“Dan kita mahu SPR siasat secara terperinci kemasukan terancang ini, jumlah pengundi asing yang begitu ramai dimasukkan dalam satu-satu DUN dipercayai bagi memenangkan Umno dan Barisan Nasional
Sebelum ini ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu itu mendakwa, taktik yang sama digunakan dalam pilihan raya umum 2004 sehingga BN merampas semula kerajaan negeri dari PAS.
Pada pilihan raya umum itu, BN menang 28 dari 32 kerusi DUN, manakala pada pilihan raya 1999 PAS menang 28 dari 32 kerusi.-FMT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen dan ulasan anda biarlah berasas dan dapat memberi manfaat untuk semua pengunjung. Janganlah mengunakan kata-kata kesat dengan mencaci dan maki hamun tanpa fakta. Oleh itu komen anda akan ditapis dan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan oleh pemilik blog.
*******************************************
Be fair and just in your comments based on facts and knowledgeable. Vulgar words and comments will not be entertained. Your comments will be posted after due consideration by the blogger. Thank you.
RakyatUntukRakyat.blogspot.com