Di sebalik gesaaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya "majoriti senyap" yang menentang himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu bersuara di ruang siber, sebuah profil baru di Facebook yang menggunakan identiti "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" (100,000 rakyat tuntut Najib Tun Razak berundur) kian mendapat sambutan rakyat.
Hanya 48 jam selepas identiti itu diwujudkan, sudah 110,192 menyokongnya dengan menekan butang like (suka).
Malah jumlah itu sudah melepasi sasaran 100,000 yang ditetapkan sebelum ini.
Najib semalam berkata, ramai rakyat yang digelarkannya sebagai "majoriti senyap" itu mendiamkan diri dan hanya bertindak sebagai pemerhati.
Namun katanya, kini sudah tiba masanya bagi mereka berhenti dan menyuarakan pandangan masing-masing.
Laman itu dimulakan pada Sabtu, hari yang sama dengan perhimpunan Bersih 2.0, sebagai landasan untuk pengguna internet menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka kepada kerajaan.
Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat berhubung pencipta laman itu dipamerkan.
Penyokongnya yang rasa terkejut dengan sambutan luar biasa itu sekarang meletakkan sasaran baru untuk mencapai angka satu juta orang.
Laman itu juga memberi ilham dan merintis kepada beberapa laman lain yang menggunakan judul sama.
Ini bukan kali pertama tindakan politik menyebabkan kemarahan di alam maya, lapor Malaysiakini.
Tahun lalu pengumuman kerajaan untuk membina menara seratus tingkat juga meletus apabila mereka beranggapan tindakan itu bakal membazirkan wang rakyat.
Laman itu - "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" (1M rakyat Malaysia tolak menara seratus tingkat) - kini disukai 300,000 orang.-Tvsnews
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen dan ulasan anda biarlah berasas dan dapat memberi manfaat untuk semua pengunjung. Janganlah mengunakan kata-kata kesat dengan mencaci dan maki hamun tanpa fakta. Oleh itu komen anda akan ditapis dan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan oleh pemilik blog.
*******************************************
Be fair and just in your comments based on facts and knowledgeable. Vulgar words and comments will not be entertained. Your comments will be posted after due consideration by the blogger. Thank you.
RakyatUntukRakyat.blogspot.com