Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengesahkan beliau akan tampil untuk berdebat dengan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan pada 26 Julai ini berhubung sistem pilihan raya di negara ini.
Utusan Malaysia melaporkan, Wan Ahmad telah bersetuju untuk berdebat dalam program berjudul 'Apa Selepas 9 Julai...' yang dijadual berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.
Majlis itu juga akan disertai oleh Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin dari UKM.
Wan Ahmad yang dipetik dari portal The Malaysian Insider memberitahu, walau bagaimanapun, kehadirannya bukan untuk memulihkan imej mahupun reputasi SPR sebaliknya lebih kepada mahu memberi penjelasan kepada rakyat.
“Ini bukan soal... SPR merasakan rakyat perlu diberikan penjelasan, ini bukan soal personaliti atau soal organisasi, kami merasakan rakyat perlu diberikan penjelasan,” kata beliau ketika ditanya pendirian suruhanjaya mengenai platform yang sama akan digunakan Selasa depan.
Ini merupakan pertemuan pertama di antara SPR dan Bersih selepas perhimpunan aman 9 Julai lalu.-Tvsnews

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen dan ulasan anda biarlah berasas dan dapat memberi manfaat untuk semua pengunjung. Janganlah mengunakan kata-kata kesat dengan mencaci dan maki hamun tanpa fakta. Oleh itu komen anda akan ditapis dan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan oleh pemilik blog.
*******************************************
Be fair and just in your comments based on facts and knowledgeable. Vulgar words and comments will not be entertained. Your comments will be posted after due consideration by the blogger. Thank you.
RakyatUntukRakyat.blogspot.com