29 Jun 2011

Politik Samseng BN Beri Kelebihan Kepada Pakatan Rakyat


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor yakin dan optimis bahawa permainan politik Umno-Barisan Nasional(BN) yang semakin kotor memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.

Ketua Penerangannya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata rakyat kini bukan sahaja semakin sedar dan celik matlumat malah mereka juga tidak mudah ditipu serta diperkotak-katikkan oleh politik usang lagi jijik Umno-BN ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan terbaru sekumpulan samseng dipercayai dari parti politik tertentu membuat kacau di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.


Dalam kejadian tersebut, kira-kira 300 samseng bermotorsikal, membawa bendera Umno dan memakai baju T merah yang tertulis Patriot mengancam untuk membakar pejabat KEADILAN.

Mereka diketuai Exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam dan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Rizalman Mokhtar, menuntut PKR menarik semula sokongan terhadap Perhimpunan Bersih pada 9 Julai nanti.

Menurut Saifullah, sebelum ini Pemuda Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mengugut untuk melakukan demonstrasi balas terhadap perhimpunan aman tersebut.

Saifullah berkata, penangkapan dan soal siasat beramai-ramai terhadap pimpinan parti politik termasuk Angkatan Muda Keadilan, Parti Sosialis, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan gambaran bagaimana institusi keselamatan awam diperkudakan demi kepentingan politik Umno-BN.

Malahan katanya, pimpinan politik Pakatan Rakyat dan NGO juga menerima ugutan bunuh melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), berhubung penganjuran perhimpunan berkenaan.

“Contoh-contoh yang diberikan ini jelas membuktikan bahawa UMNO-Barisan Nasional tidak mampu lagi berjuang isu rakyat dan kepentingan Negara selain daripada kepentingan politik sendiri," katanya.

“Isu kenaikan harga barang, pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan dengan kes terbaru perbelanjaan ke luar Negara Perdana Menteri dan isteri Rosmah Mansur dalam masa 3 tahun mencecah RM 17 juta. Semua ini tidak dibahas oleh pemerintah bobrok sedia ada UMNO Barisan Nasional yang akhirnya membebankan rakyat,” tambahnya lagi.-Tvsnews

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen dan ulasan anda biarlah berasas dan dapat memberi manfaat untuk semua pengunjung. Janganlah mengunakan kata-kata kesat dengan mencaci dan maki hamun tanpa fakta. Oleh itu komen anda akan ditapis dan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan oleh pemilik blog.

*******************************************
Be fair and just in your comments based on facts and knowledgeable. Vulgar words and comments will not be entertained. Your comments will be posted after due consideration by the blogger. Thank you.

RakyatUntukRakyat.blogspot.com