Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee menggesa kerajaan mengguna Akta Hasutan terhadap Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berhubung kenyataannya yang cuba mencetuskan ketegangan kaum.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bersifat ancaman oleh Ibrahim dengan menyatakan “apa saja boleh berlaku pada hari itu” jika Perhimpunan Bersih diadakan 9 Julai depan.
Walaupun secara dasarnya, Majlis Peguam tidak bersetuju akta tersebut, namun katanya jika kerajaan pernah menggunakan akta itu kepada Karpal Singh berhubung krisis perlembagaan di Perak, maka beliau tidak nampak mengapa kerajaan tidak boleh berbuat demikian terhadap Ibrahim.
“Kerajaan mestilah konsisten dan memberi layanan sama rata terhadap semua di bawah undang-undang,” kata Chee Wee yang dilaporkan Malaysiakini.
Majlis Peguam, katanya, mengecam kenyataan rasis Ibrahim itu sebagai langsung tidak bertanggungjawab dan tidak wajar.
“Perhimpunan lalu, termasuk Walk For Justice oleh Majlis Peguam, menunjukkan kita boleh mengadakan perhimpunan dalam cara yang tertib.
“Perhimpunan lalu, termasuk Walk For Justice oleh Majlis Peguam, menunjukkan kita boleh mengadakan perhimpunan dalam cara yang tertib.
“Jika ada orang membuat masalah, ia bagi polis untuk bertindak, bukan mengharamkan keseluruhan perhimpunan tersebut,” katanya.
Dilaporkan sebelum ini semasa pelancaran ‘Gerak Aman’ semalam, penyokong Perkasa memijak dan membakar gambar pengerusi Bersih , Datuk Ambiga Sreenevasan, yang juga bekas pengerusi Majlis Peguam.- K/Daily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen dan ulasan anda biarlah berasas dan dapat memberi manfaat untuk semua pengunjung. Janganlah mengunakan kata-kata kesat dengan mencaci dan maki hamun tanpa fakta. Oleh itu komen anda akan ditapis dan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan oleh pemilik blog.
*******************************************
Be fair and just in your comments based on facts and knowledgeable. Vulgar words and comments will not be entertained. Your comments will be posted after due consideration by the blogger. Thank you.
RakyatUntukRakyat.blogspot.com