Politik Malaysia semakin ganas dan jahat
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) mengecam sekeras-kerasnya ugutan terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ahli keluarganya.
Ketua Penerangan AMK Pusat, Lee Khai Loon dalam kenyataan media hari ini, menuntut polis menyiasat secara menyeluruh agar penjenayah tersebut ditahan dan dihukum dengan setimpal.
“AMK berpendapat, unsur ganas dan kotor meresap dalam budaya politik Malaysia. Ramai pemimpin Pakatan Rakyat dan ahli keluarga mereka diugut atau diancam anasir jahat yang sampai hari ini tidak diambil tindakan oleh polis,” katanya.
Mengikut laporan polis yang dibuat Nurul Izzah hari ini, dua khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur ancaman terhadap anaknya jika bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhenti dari politik.
Pada Mac lalu, Anwar dan Wan Azizah juga menerima ugutan video fitnah lucah supaya berhenti dari politik manakala pada 19 April lalu, kereta peribadi Anwar disabotaj.
“Ugutan itu menunjukkan, usaha Anwar dalam menggerakkan Reformasi untuk pendemokrasian, badan kehakiman yang bebas serta berani mengkritik penyelewangan kerajaan Umno-BN menyebabkan segelintir pemimpin yang rasuah dan rakus, tidak senang hati, katanya.
Beliau menambah, setiap warganegara patut bebas daripada sebarang ugutan, rasa takut dan ancaman sekali pun mempunyai pegangan politik yang berlainan.
Justeru, beliau menuntut polis untuk mempertingkatkan usaha menjaga keselamatan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat demi mengembalikan keyakinan orang ramai.
“Keselamatan ahli politik khasnya dari Pakatan Rakyat perlu dijamin. AMK menolak sebarang usaha kotor dan ganas untuk mencapai tujuan politik.
“AMK yakin bahawa satu masyarakat yang bertamadun dan sejahtera hanya dapat wujud dengan adanya diskusi serta dialog yang rasional, aman dan toleransi,” tegas Khai Loon.-KDaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen dan ulasan anda biarlah berasas dan dapat memberi manfaat untuk semua pengunjung. Janganlah mengunakan kata-kata kesat dengan mencaci dan maki hamun tanpa fakta. Oleh itu komen anda akan ditapis dan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan oleh pemilik blog.
*******************************************
Be fair and just in your comments based on facts and knowledgeable. Vulgar words and comments will not be entertained. Your comments will be posted after due consideration by the blogger. Thank you.
RakyatUntukRakyat.blogspot.com