Penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam.
PAS mengingatkan semua pihak supaya tidak mempermainkan sumpah laknat (mubahalah), kata Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Petang semalam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafaz sumpah laknat berhubung klip video seks yang mendakwa pelakunya adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tuan Ibrahim dilaporkan berkata kepada Harakah Daily bahawa dalam perundangan Islam, sumpah di hadapan hakim mahkamah syariah mempunyai nilai yang tinggi bagi menjaga martabat tertuduh.
“Penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam,” kata beliau.
“Sumpah mesti di dalam mahkamah atas arahan hakim syarie. Kita tengok sumpah ini dah jadi macam satu trend baru untuk menuduh orang. Lepas tuduh, bersumpah nak membenarkan tuduhan.
“Iaitu guna metodologi Islam (sumpah) untuk menghalalkan benda yang bukan syarak (fitnah),” tegasnya ketika mengulas tindakan Eskay itu.
Beliau juga turut mengulangi penegasan bahawa Anwar juga tidak perlu bersumpah atas desakan mana-mana pihak kecuali diperintahkan oleh hakim mahkamah syariah.
“Jika Anwar bersumpah di khalayak seperti yang didesak pihak tertentu, adakah ia menjamin bahawa tuduhan ke atasnya itu digugurkan?” soal Tuan Ibrahim.
Mufti Perak senada
Sebelum ini, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria turut menegaskan Anwar tidak perlu bersumpah mubahalah kerana pelaku dalam rakaman video seks belum dibuktikan lagi.
“Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar… lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah?
Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.
“Kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku,” katanya.-FMT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen dan ulasan anda biarlah berasas dan dapat memberi manfaat untuk semua pengunjung. Janganlah mengunakan kata-kata kesat dengan mencaci dan maki hamun tanpa fakta. Oleh itu komen anda akan ditapis dan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan oleh pemilik blog.
*******************************************
Be fair and just in your comments based on facts and knowledgeable. Vulgar words and comments will not be entertained. Your comments will be posted after due consideration by the blogger. Thank you.
RakyatUntukRakyat.blogspot.com