05 April 2011

Maruah Ditubuh, Ajak Rakyat Tolak Politik Lucah



Kami desak trio itu ditangkap dan didakwa kerana memiliki video lucah. Kedua, kami mendesak Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) mendakwa individu yang terlibat melalui jenayah qazaf.


Pemuda Pakatan Rakyat dan 30 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membentuk gerakan yang dipanggil Muafakat Rakyat Anti Politik Lucah (Maruah).

Maruah dianggotai 30 NGO dan Pemuda Pakatan (KEADILAN, PAS dan DAP) bertujuan mengajak rakyat menolak sebarang politik lucah dan fitnah di negara ini.

Shamsul bersama pimpinan NGO dan Pemuda Pakatan yang membentuk Maruah

Antara NGO itu ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Saf Anti Fitnah (SAF), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Persatuan Bekas-bekas Imam.


Pengerusi gerakan itu, Shamsul Iskandar Md Akin, berkata empat tuntutan Maruah ialah mendesak kerajaan melalui Peguam Negara dan polis mendakwa dan menahan ‘Datuk T’.

“Kami desak trio itu ditangkap dan didakwa kerana memiliki video lucah. Kedua, kami mendesak Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) mendakwa individu yang terlibat melalui jenayah qazaf.

“Ini kerana kesalahan menuduh orang berzina tanpa membawa empat saksi. Ketiga, menyeru rakyat menolak politik berasaskan lucah. Keempat, mendesak institusi agama menyatakan pendirian dan fatwa berhubung tayangan video lucah itu,” katanya.

Beliau berkata, gerakan itu bercadang mengadakan perhimpunan aman besar-besaran 6 Mei depan Masjid Negara dan menyerahkan memorandum kepada mufti setiap negeri dan di peringkat kebangsaan, disusuli pemfailan kes qazaf.

Video fitnah itu didalangi trio Datuk T dan dilindungi pimpinan Umno Barisan Nasional dan bertujuan merosakkan reputasi Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya negeri Sarawak-K/Daily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen dan ulasan anda biarlah berasas dan dapat memberi manfaat untuk semua pengunjung. Janganlah mengunakan kata-kata kesat dengan mencaci dan maki hamun tanpa fakta. Oleh itu komen anda akan ditapis dan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan oleh pemilik blog.

*******************************************
Be fair and just in your comments based on facts and knowledgeable. Vulgar words and comments will not be entertained. Your comments will be posted after due consideration by the blogger. Thank you.

RakyatUntukRakyat.blogspot.com