16 April 2011

Ceramah DAP diganggu polis, lebih 10,000 tak berganjak dalam hujan


“Kita bertanding bukan kerana mahu kaya atau mahukan kuasa. Kita bertanding untuk kembalikan hak rakyat Sarawak,”- Tony

Walaupun hujan renyai, kira-kira 10,000 hadir ceramah Grand Finale anjuran DAP – sebuah parti gabungan Pakatan Rakyat di kawasan tempat letak kereta Restoran Alisan di Stutong.

Namun, ceramah Pakatan Rakyat – seperti biasa mendapat gangguan polis hingga menyebabkan program berkenaan terpaksa, dihentikan seketika.

Ia berikutan sepasukan polis termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) naik ke pentas ketika pengasas DAP Sarawak, Chong Shou Jiang berucap kira-kira jam 7.50 malam.


Gelombang Ngap Sayot di Sarawak tak kenal etnik. Semua mahu tumbangkan BN, tumbangkan Taib Mahmud

Mujur, Ketua Publisiti DAP, Tony Pua selepas mengadakan rundingan denagn polis, memaklumkan kepada hadirin yang ceramah itu dibenarkan untuk disambung.

“Polis kata, mereka hanya jalankan arahan pihak atasan. Pihak atasan itu ialah pemimpin Barisan Nasional (BN),” kata Tony – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dengan disambut sorakan hadirin.

“Kita bertanding bukan kerana mahu kaya atau mahukan kuasa. Kita bertanding untuk kembalikan hak rakyat Sarawak,” kata Tony lagi.

Antara yang hadir ialah Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa.-KeadilaDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen dan ulasan anda biarlah berasas dan dapat memberi manfaat untuk semua pengunjung. Janganlah mengunakan kata-kata kesat dengan mencaci dan maki hamun tanpa fakta. Oleh itu komen anda akan ditapis dan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan oleh pemilik blog.

*******************************************
Be fair and just in your comments based on facts and knowledgeable. Vulgar words and comments will not be entertained. Your comments will be posted after due consideration by the blogger. Thank you.

RakyatUntukRakyat.blogspot.com