04 November 2010

PAS Mengenal Pasti Dua Ribu Orang Pengundi Tidak Berdaftar


PRK Galas - Amaran Kepada Pengundi Hantu, Jauhi Peti Undi Jika Tidak Mahu Ditangkap
Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (gambar) memberi amaran kepada pengundi hantu agar menjauhi peti undi sekiranya tidak mahu  ditangkap ketika pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Galas yang berlangsung esok.

Menurut beliau, PAS telah mengenalpasti dan mempunyai senarai nama 2000 orang pengundi tidak berdaftar yang dijangka hadir ke pusat pengundian.

"Kita dapat maklumat yang agak lebih terperinci bahawa pengundi hantu ini berasal luar daripada Kelantan dan berasal dari Johor, lebih kurang 100 orang telah sampai di sini.


"Kita optimis dapat menangkap individu terbabit sekiranya didapati ada cubaan untuk membuang undi.

"PAS akan menempatkan 29 orang peguam bersama Unit Tindakan Khas (UTK) Keselamatan PAS di 13 peti undi seluruh daerah itu memantau pergerakan pengundi hantu," ujar beliau dalam sidang media yang diadakan hari ini, di sini.

Beliau turut memberikan amaran kepada individu berkenaan agar tidak keluar mengundi jika tidak mahu diri mereka ditangkap oleh petugas UTK PAS.

Tambahnya, tindakan tersebut adalah usaha bagi membantu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membanteras gejala pegundi hantu yang sering berlaku sewaktu pilihanraya.

Beliau dalam pada itu turut melahirkan keyakinan untuk menarik pengundi Cina yang dijangka akan menyumbangkan 6 peratus untuk kerusi tersebut.

"Pengundi Gua Musang ini lebih mengutamakan calon daripada parti. Parti jadi nombor dua. Jadi oleh kerana itu kita yakin calon kita ini mempunyai potensi besar menarik orang atas pagar untuk menarik golongan-golongan ini terutama orang Cina untuk menyokong kita," jelas beliau lagi.

"PAS juga akan menempatkan ejen-ejen parti untuk memujuk pengundi di kawasan tumpuan pengundi atas pagar yang puratanya 34 peratus dan rata-rata berbangsa Melayu," kata beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen dan ulasan anda biarlah berasas dan dapat memberi manfaat untuk semua pengunjung. Janganlah mengunakan kata-kata kesat dengan mencaci dan maki hamun tanpa fakta. Oleh itu komen anda akan ditapis dan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan oleh pemilik blog.

*******************************************
Be fair and just in your comments based on facts and knowledgeable. Vulgar words and comments will not be entertained. Your comments will be posted after due consideration by the blogger. Thank you.

RakyatUntukRakyat.blogspot.com