Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan orang ramai yang hendak menyertai demonstrasi bantahan judi bola sepak anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat pada 3 Julai nanti memakai jersi bola sepak yang ada nombor dan membawa sebiji bola tiap seorang.
Beliau mengucapkan tahniah kepada DPPP yang begitu agresif sehingga berjaya menubuhkan Gerakan Membantah Judi Bolasepak dan berharap seluruh rakyat prihatin dapat bersama-sama dalam perhimpunan tersebut.
"Saya nak minta supaya mereka datang dengan memakai apa saja jersi bola sepak bernombor ataupun mengikut warna negeri masing-masing, kalau datang dari Kelantan bolehlah pakai warna merah dan saya dari Kedah akan pakai jersi hijau kuning, Tok Guru Hj Hadi kena pakai warna putih tapi semua kena pakai jersi bernombor.
"Setiap peserta demonstrasi membawa bola seorang sebiji, ini sebagai simbolik kepada demonstrasi bagi menentang judi bola sepak, kita nak kata 'bola - ya, judi - tidak'.
"Sebab itu saya mengharapkan isu ini menjadi satu lonjakan kepada kita semua dan kepada banyak isu-isu yang lain dan saya harap jangan kita rasa kebimbangan PAS untuk menggadaikan polisinya tetapi ianya dilakukan berdasarkan landasan Islam dan sunnah Nabi dan kita jangan takut melakukan perubahan baru," kata Mahfuz ketika menggulung perbahasan Muktamar PAS ke-56 di sini semalam.- SK

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen dan ulasan anda biarlah berasas dan dapat memberi manfaat untuk semua pengunjung. Janganlah mengunakan kata-kata kesat dengan mencaci dan maki hamun tanpa fakta. Oleh itu komen anda akan ditapis dan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan oleh pemilik blog.
*******************************************
Be fair and just in your comments based on facts and knowledgeable. Vulgar words and comments will not be entertained. Your comments will be posted after due consideration by the blogger. Thank you.
RakyatUntukRakyat.blogspot.com